Wednesday, September 25, 2013

first, SERAII!!


PENGENALAN
Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India. Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil.


PENANAMAN
Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.



No comments:

Post a Comment